Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Saturday, 28 March 2009

Kebajikan Terus Dijaga, Akhlak Pula Dibendung

Assalamualaikum Dan Salam Perpaduan

Semalam saya telah menghadiri Mesyuarat Pentadbiran yang mungkin kali terakhir bagi saya untuk menyuarakan luahan hati dan perasaan warga Astar bagi sesi ini.

Oleh itu, saya telah kemukan beberapa perkara yang menjadi perhatian kita di kolej ini dengan bantuan rakan-rakan yang menyalurkan informasi dan aduan kepada saya mahupun barisan kepimpinan JTK yang lain.

1. Bumbung Laman DE – Perkara ini telah diambil serius akan tetapi pihak pentadbiran mengalami masalah kewangan dalam memperbaiki bumbung di sana. Akan tetapi ia akan tetap diperbaiki tetapi mungkin ditangguhkan sehingga pembaikpulihan Blok D siap.

2. Keselamatan dalam Kolej – Sebelum ini kolej sudah beberapan rangka penambahbaikkan dalam aspek keselamatan dalam kolej seperti memasang CCTV dan juga memasang selak di bahagian dalam pintu setiap bilik. Akan tetapi, pihak atasan masih belum memberikan tanda untuk ia dijalankan. Oleh itu, saya berharap kita bersabar kerana ia sudah dijanjikan pada kita.

3. Seterika rosak – Baru-baru ini saya mendapat aduan yang seterika di pantri khususnya di blok wanita sudah usang dan membahayakan. Oleh itu saya telah memohon agar pihak kolej membuat pemeriksaan menyeluruh terhadap setiap alatan yang telah disediakan bukan sahaja untuk kebajikan penghuni tetapi untuk menjamin keselamatan penghuni juga.

4. Lampu dalam tandas – Baru-baru ini dikhabarkan lampu jatuh dari pemegangnya di tandas B200 dan B100. Perkara ini telah diambil perhatian kerana telah mendapat aduan sebelum ini dan masalah ini telah diselesaikan dan pemegang lampu itu telah diganti yang baru.

5. Akhlak Penghuni – Baru-baru ini didapati semakin ramai penghuni yang tidak segan silu berdua-duaan laki dan perempuan hingga ke larut malam. Tidak ketinggalan mereka yang sering memakai seluar pendek di tempat awam. Oleh itu, saya telah menyarankan kepada pihak pentadbiran agar satu tindakan perlu dibuat dan mereka telah bersetuju. Setakat ini tindakan yang telah dipersetujui adalah menaikkan notis menyatakan sesiapa yang tertangkap berbuat perkara demikian, akan menjejaskan peluang mereka untuk menghuni semula di kolej ini. Selain itu, para penyelia juga akan turun menyiasat secara rawak pada waktu malam bagi memastikan hal ini tidak berulang lagi

Selain itu, ada beberapa saranan dan juga pendapat yang telah diluahkan oleh pihak pentadbiran bagi menegur beberapa tindakan salah laku penghuni kolej. Antaranya adalah:

1. Jangan amalkan memberi kad makan anda kepada rakan anda terutamanya rakan yang bukan penghuni kolej ini. Jika tertangkap, ia juga mungkin akan menjejaskan peluang anda untuk menghuni kolej ini pada sesi hadapan.

2. Jangan tinggalkan barangan peribadi anda di dalam tandas. Jika terdapat kehilangan, anda tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan ataupun menuduh sesiapa kerana ini adalah tanggungjawab anda masing-masing.

3. Akibat tindakan tidak bertanggungjawab beberapa jawatankuasa projek yang lepas, sistem wang deposit untuk membuat sebarang pinjaman barang kolej mungkin akan dijalankan. Akan tetapi hal ini masih dalam perbincangan dan belum dikuatkuasakan lagi.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan rakan-rakan agar menjaga akhlak dan peribadi anda. Sebagai mahasiswa, anda seharusnya mempunyai kelas tersendiri dan bukan lagi berada di takuk yang lama. Jadilah insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara satu hari kelak.

ASTAR is First!
UM is ONE!!!

2 comments:

  1. salam...

    bagus2... moga ia akan dikuatkuasakan n dijalankan dgn cepat mane2 yg perlu...

    tapi secara peribadi agak tak setuju dgn perlaksanaan wang deposit utk pinjam barang kolej... macam makin membebankan nak cari duit deposit, sedangkan nak cari duit utk projek tu sendiri pun masih terkapai2... pandangan saya lah....

    seterika elok tukar baru semua.... dah terlalu uzur... n lagi terharu ..hehehe... kalau mesin basug ditambah di setiap tingkat... terutamanya di blok D, memandangkan mesin basuh yang satu jer tu mendapat permintaan yg tinggi time cuti... juga hari2 biasa...

    ReplyDelete
  2. seterika di B400 dah ada..yeay..B300 dan B200 pun dah diganti...

    ReplyDelete