Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Monday 2 February 2009

Tsunami Politik Berterusan

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Saya telah mengikuti rapat perkembangan politik negara sejak kira-kira 2 penggal pemerintahan kerajaan ini bermula tahun 2004. Pelbagai ragam dan rencah politik yang saya saksikan tetapi dunia politik luar dengan kehadiran Bush, pergolakan Thailand, militan di Filipina lebih menarik perhatian kita untuk diberikan tumpuan. Akan tetapi akhir-akhir ini, senario politik negara kita sungguh ‘menarik’. Baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang, tak habis dengan isu rasuah yang menjadi-jadi ia dselitkan pula dengan plot di mana kedua-dua pihak sama ligat memancing ADUN-ADUN di kerajaan negeri pula setelah selesai pakatan pembangkang dengan angan-angan mat jeninnya pada 16 September yang lalu.

Tsunami politik yang dikatakan bermula pada Pilihan raya Umum Mac 2008 dan diikuti pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu masih belum reda agaknya. Timbul 25 Januari lalu dengan isu Adun Bota, Datuk Nasaruddin mengubah hala tuju perjuangan atas dasar prinsip ingin membantu masyarakat Melayu di kawasannya. Sejak isu ini pelbagai isu yang tak habis-habis timbul. Bagaikan masih ada bunyi pahat walaupun rumah sudah disiapkan, rakyat Perak sekali lagi gempar dengan isu 2 lagi Adun yang dikatakan ‘hilang’ dan tak dapat dihubungi dan disyaki akan melompat ke parti kerajaan tidak lama lagi.

Hari ini, dengan usul yang tidak kukuh V. Sivakumar, Speaker DUN Perak mengumumkan peletakkan jawatan dua Adun yang merupakan exco kerajaan negeri Perak iaitu Adun Behrang dan Adun Changkat Jering. Bila dihubungi wartawan, dua Adun ini menafikan menghantar sebarang surat peletakkan jawatan mereka malah belum ada keputusan dibuat bagi mereka untuk beralih ke mana-mana parti lain. Sebaliknya Adun Behrang mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi Adun parti naungannya menyatakan yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing. Oleh itu beliau membidas kenyataan Speaker tersebut dengan mengatakan ini semua satu pembohongan kerana surat itu digunakan seolah-olah beliau sudah letak jawatan sebagai Adun walhal belum ada sebarang keputusan pun dibuat oleh beliau.

Dengan senario yang belaku ini, saya tidak hairan jika selepas ini negara luar pula yang bercakap-cakap tentang isu hangat di negara kita. Walaupun ini bukan satu isu yang baru tetapi tampak hangat bila kedua-kedua belah pihak sama memainkannya dengan rentak yang mungkin sedikit berbeza. Jadi apakah kesudahannya ini semua? Sama-sama kita nantikan episod-episod getir politik negara yang sudah hampir sampai ke klimaks dan saya sendiri dengan keupayaan yang amat terbatas ini tidak nampak mana pengakhir bagi drama politik negara ini.

Walau apa yang berlaku dalam negara, saya sentiasa mendoakan agar Malaysia aman dan makmur supaya negara yang kucintai ini terus berkembang maju seterusnya namanya dapat diletakkan setaraf dengan negara-negara maju suatu masa kelak.
Terkini !!
Kerajaan Perak akan dibubarkan...nantikan episod-episod 'keganjilan' politik Malaysia..

2 comments:

  1. salam...

    politik malaysia sekarang dah jadi carcamarba..sepatutnya sekarang ni kenala sama2 ganding bahu bangunkan negeri dan negara, bukan asyik berpolitik ja. kalau macam ni ja sampai bila pun negara kita xkan maju dan terus ketinggalan..

    cukupla dengan PRU, PRK permatang pauh, PRK kuala terengganu..sekarang fokus untuk majukan negara..aku tahu semua sayangkan negara malaysia samaada kerajaan ataupun pembangkang mahupun rakyat sendiri..buangla sikap dendam di hati tu..

    betul cakap hang hafiz, kita sebagai rakyat sama2 kita doakan malaysia ni sejahtera selalu, jangan sampai jadi seperti negara jiran kita, thailand, myanmar..

    sekian...
    ZULKARNAIN BIN JALAUDDIN

    ReplyDelete
  2. Seorang pemimpin nak cover malu dek tahi yang terpalit di pantai timur sehingga sebuah negeri bakal bergolak.

    Lepas ni giliran Yob dan Yong pula merasa gula2 pilihanraya kecil. Jangan nanti orang Perak pula conteng tahi kat muka Najib.

    Ini lah padahnya kalau pengundi berpandukan parti semasa mengundi. Kita sepatutnya memilih calon. Lupakan parti yang dia wakili. Kalau kita kurang yakin dengan peribadi semua calon, lebih baik jangan mengundi.

    Kenapa harga maruah seorang wakil rakyat sangat murah? Mereka tak fikir halal haram ke? Amanah pengundi yang diberikan, tak takut balasan dunia dan akhirat ke?

    Semua watak dalam sitcom ini adalah Melayu beragama Islam.

    Sungguh memalukan!

    Short Talk

    ReplyDelete