Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Monday, 5 January 2009

Together We Care, Together We Share

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..

Semalam saya berpeluang untuk merasakan bagaimana untuk menyayangi dan disayangi insan-insan yang istimewa ini. Tersentuh hati saya melihat keadaan mereka yang tabah menghadapi apa yang mereka alami sekarang ini. Syukur pada Ilahi atas segala kurniaanNya yang telah kita nikmati selama ini kerana masih ramai orang yang tidak diberikan nikmat yang sama untuk dirasai.


Siwa siswi Astar yang berbilang kaum duduk dan bermesra dengan kanak-kanak sindrom down

Kehadiran beberapa badan amal seperti Rumah Amal Limpahan Kasih, Persatuan Sindrom Down Malaysia dan PDK Selayang telah menggamatkan Kolej Kediaman Pertama semalam. Riuh rendah suasana di Dewan Tun Perak, tempat yang menjadi saksi siswa dan siswi kita menunjukkan yang mereka prihatin dan menghargai kanak-kanak istimewa ini. Saya turut bangga dengan rakan-rakan dan adik-adik saya atas ketabahan dan kesabaran mereka melayan kerenah kanak-kanak istimewa ini semalam.


Pelbagai aktiviti dijalankan bersama-sama adik-adik insan istimewa ini

Dengan disajikan pelbagai permainan menarik, terpancar cahaya kegembiraan di muka kanak-kanak istimewa ini di samping kakak dan abang mereka dari kolej ini. Permainan atau aktiviti itu boleh saya katakan perkara kedua yang menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tertawa kegembiraan. Perkara utama yang saya perhatikan adalah kasih sayang yang diberikan siswa siswi Astar yang tak berbelah bahagi pada mereka. Walaupun baru pertama kali berjumpa dan bergaul, sudah tampak mereka amat mesra bermain, berpelukan mesra dan menjalin ikatan seperti saudara sendiri. Sesungguhnya perasaan ini adalah sangat bernilai dan tidak mungkin akan didapati atau dibeli di mana-mana.


Jamuan makan beramai-ramai. Kakak dan abang siswa siswi kolej Pertama turut menyuap adik-adik mereka

Selain itu, saya dapat melihat perpaduan antara kaum yang sangat baik juga semalam. Ini menambahkan rasa bangga saya terhadap rakan-rakan saya ini dengan satu kerjasama yang baik untuk melaksanakan satu projek yang amat bermakna ini. Walaupun penat, mereka bersama-sama mengharunginnya, dan akhirnya meyempurnakan satu hari yang sangat-sangat bermakna bagi setiap insan yang menyertainya. Kekalkan usaha dan semangat ini adik-adik ku kerana ini adalah pengalaman dan pembelajaran yang anda tidak akan dapat di mana-mana selain waktu anda turut serta memberi komitmen sepenuhnya bagi menjayakan satu projek yang telah dirancang. Akhir kata maju jaya buat Astar Caring Day dan diharap tahun depan akan menjadi tahun yang lebih baik...


Warga Astar Caring Day 08/09

Astar Is First!
UM is ONE!!!

No comments:

Post a Comment