Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Tuesday, 13 January 2009

AMANAT PRESIDEN KOLEJ KEDIAMAN PERTAMA


Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan nikmatNya yang membolehkan kita mengecapi kemajuan dan keamanan setakat ini terutamanya dalam konteks warga kampus dan umumnya seluruh rakyat Malaysia. Berkat usaha pemimpin yang bijaksana dan berkaliber, kemudahan dan kesenangan yang kita nikmati hari ini perlu dijaga dan terus dimajukan lagi oleh mahasiswa di era kita ini kerana kelak, kita yang akan menerajui dan memakmurkan lagi negara kita dengan izin Allah S.W.T..

Baru-baru ini, negara-negara Islam tercabar dengan serangan tanpa belas kasihan rijim Zionis terhadap warga Palestin tak kira tua atau muda, mereka dibunuh bagaikan nyawa mereka tidak langsung berharga. Pada hari ini, mungkin saudara kita sengsara dek tindakan binatang Yahudi Laknatullah itu. Tetapi tidak mustahil satu hari nanti negara kita akan menjadi sasaran Negara-negara barat seperti Amerika dan sekutunya. Tetapi dengan sokongan padu rakyat terhadap Negara, kita mampu mempertahankan Negara kita daripada dihinggapi parasit-parasit durjana ini.

Kestabilan politik amat penting bagi menjamin kesejahteraan negara kita. Terutama negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia ini amat rapuh jika kita fikirkan secara rasional. Tanpa perpaduan dan kesefahaman sesama kaum terutamanya 3 kaum majoriti negara iaitu Melayu , Cina dan India, negara tidak akan maju hingga ke tahap ini walhal ia mungkin terjerumus dikancah peperangan yang lebih teruk daripada apa yang kita boleh bayangkan. Atas usaha pemimpin yang terdahulu, mereka berjaya menyatupadukan rakyat bermula detik pembentukkan Malaya yang merdeka ini di mana penyatuan di antara Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan telah membuka mata dunia tentang hala tuju Malaysia di masa depan.

Jelas sudah kepada rakyat yang kestabilan politik juga menjamin kepada kestabilan ekonomi negara. Contohnya beberapa agenda politik besar yang melanda atau disebut tsunami politik dalam negara sudah nampak jelas menggoyahkan ekonomi negara. Pelabur asing tidak akan mempunyai kepercayaan pada sesebuah negara selagi tidak memastikan bahawa keadaan politik mereka aman dan stabil supaya ini akan memberi pulangan yang berbaloi pada mereka setelah melabur di negara kita. Pelancong juga akan berhati-hati malah mungkin membatalkan hasrat melancong ke Malaysia jika mengetahui keadaan huru-hara yang melanda negara. Keadaan seperti demonstrasi jalanan, fitnah dan pergaduhan yang berlaku ini secara langsung memberi kesan buruk kepada imej negara dan ini akan terus merugikan negara kerana sektor pelancongan adalah antara sektor terpenting yang menjana modal negara dan sepatutnya ia digunakan secara optimum.



Berbalik kepada konteks kampus, kita banyak menumpukan kepada kebajikan rakyat kampus iaitu siswa siswi kampus sendiri. Pemimpin yang terpilih harus daripada golongan yang bergerak untuk menegakkan kebajikan rakyatnya iaitu warga kampus ini sendiri. Mereka perlu hadir daripada golongan yang mendokong kepimpinan universiti, bangsa, agama dan negara agar pembangunan dan pembaharuan yang mereka ingin bawa adalah selari dan sejajar dengan misi dan visi universiti dan ia tertakluk hanya pada warga kampus bukan pada warga luar terutamanya yang melibatkan politik negara. Sebagai pelajar, kita tidak seharusnya terikut-ikut rentak politik luar kerana ini langsung tiada hubung kait dengan perjuangan mahasiswa itu sendiri kerana mahasiswa hanya untuk mahasiswa.

Buat pengetahuan anda, lebih daripada 50% pelajar Universiti Malaya adalah terdiri daripada warga kolej-kolej kediaman sendiri. Oleh itu, kebajikan mereka sentiasa menjadi agenda utama Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) yang diterajui Presiden kolej masing-masing yang baru-baru ini telah sepakat menubuhkan Seketeriat Presiden Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM) bagi menguatkan ukhwah antara kesemua 12 kolej kediaman bagi membela hak dan kebajikan mahasiswa kampus. Untuk pengetahuan anda, JTK akan banyak berurusan dengan pihak pentadbiran kolej. Jika masalah pelajar ingin dibawa ke peringkat pentadbiran tertinggi, inilah fungsi dan keperluan bagi kita memilih bakal pemimpin yang akan menerajui Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya(MPMUM) sendiri.

Oleh yang demikian, MPMUM perlu terdiri daripada barisan yang mempunyai kesefahaman yang baik dengan SPKUM bagi memudahkan kita menyalurkan maklumat kebajikan pelajar dan ini boleh dibawakan ke perhatian pentadbiran tertinggi universiti. Kita tidak mahu sebarang percanggahan atau konflik antara dua badan pimpinan mahasiswa ini kerana jelas ia merugikan mahasiswa dan tidak akan membawa kepada jalan kebaikan. MPMUM perlu bersifat lebih terbuka mendengar masalah daripada semua pihak dan bukan memperjuangkan kebajikan atau hak sesetengah pihak sahaja. Selain itu, MPMUM perlu lebih berhemah dan selari dengan pentadbiran universiti bagi memudahkan perbincangan antara kedua-dua pihak pentadbiran dan pelajar supaya masalah yang kita kemukakan dapat di atasi segara pihak pentadbiran tanpa sebarang perbalahan mahupun penganjuran demonstrasi kerana mereka harus cekap bergerak dan bukan setakat lantang bersuara.

Oleh itu, saya ingin menyeru rakan-rakan warga ASTARIAN agar memilih pemimpin pelajar yang benar-benar berkaliber dan berada di pihak yang benar. Pemilihan ini menentukan hala tuju perjuangan mahasiswa yang saban tahun terus diperjuangkan bagi mendapatkan hasil yang baik dengan cara yang direstui. Tunjukkan pada masyarakat luar yang mahasiswa masa kini tidak lesu dan mampu merangka perancangan penambahbaikkan bukan setakat di peringkat kampus malah ke peringkat nasional. Akhir kata saya ingin menyeru semua ASTARIAN agar turun pada hari pemilihan yang akan datang bagi membolehkan anda memilih pemimpin yang anda percaya dan yakin untuk mempimpin dan memperjuangkan hak-hak kebajikan mahasiswa pada masa depan.

1 comment:

  1. salam.....

    sy sgt menghormati awk....tahniah sy ucapkan...

    awk mmg kepimpinan yg berkaliber....students kat 1st kolej patut bersyukur ada presiden mcm awk....

    wassalam...

    ReplyDelete