Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Wednesday, 7 January 2009

IJN Gah Berdiri Sendiri

Assalamualaikum...Salam perpaduan
Semalam Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime darby (SD), Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid mengumumkan bahawa SD tidak akan meneruskan rancangannya mengambil alih IJN bagi menghormati kehendak rakyat yang mahukan IJN kekal dalam struktur sedia ada. Tahniah dan syabas kepada mereka yang telah berusaha keras bagi membantah pengambil alihan ini kerana bimbang akan beberapa perkara. Ini kerana rata-rata pesakit yang mendapatan rawatan di IJN adalah daripada golongan yang kurang berkemampuan dan pesara. Oleh itu mereka bimbang jika rancangan ini diteruskan, kos perubatan yang mereka akan hadapi akan naik tinggi dan mereka takut mereka tidak akan mampu membayar seterusnya mendatangkan kesan buruk pada kesihatan diri.
Isu ini bermula apabila cadangan SD bagi memastikan setiap lapisan masyarakat tidak terkecuali daripada mendapat perkhidmatan perubatan yang bertaraf tinggi serta menjamin golongan kurang berkemampuan, pesara, kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana terus menikmati perkhidmatan perubatan seperti biasa. Berdasarkan cadangan dan jaminan itu, kerajaan telah membenarkan SD menjalankan kaji selidik untuk cadangannya dan menyediakan pelan perniagaan yang baik sebelum disokong Kementerian Kewangan bagi membolehkan SD mengambil kepentingan di IJN. Tetapi jelas dengan riak wajah pesakit dan laungan bantahan rakyat menunjukkan rakyat belum bersedia akan rancangan itu.

Sehubungan dengan itu, kerajaan yang prihatin dengan suara rakyat mengambil keputusan menangguhkan pelan itu bagi mengkaji baik buruk seadilnya. Dan semalam keputusan yang dibuat oleh SD sendiri sudah pasti melegakan pelanggan IJN yang saban hari resah menunggu keputusan bagi rancangan ini. Jelas rakyat masih mempunyai ruang menyuarakan pendapat mereka dan hasil usaha dan perbincangan yang dijalankan, kata sepakat yang boleh memuaskan hati semua pihak atau 'win-win situation' dapat dicapai.

No comments:

Post a Comment