Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Wednesday 21 January 2009

Kesinambungan Kepimpinan Kejuruteraan

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...

Artikel ini saya tujukan khas buat junior yang juga rakan seperjuangan saya Nor Hidayah atas memperoleh undian kedua tertinggi bagi membolehkan beliau terpilih sebagai wakil Fakulti Kejuruteraan MPMUM sesi 08/09, sekalung tahniah buat anda.

Untuk pengetahuan anda, beliau adalah generasi ketiga daripada kolej kediaman Pertama yang menjadi wakil fakulti kejuruteraan yang sebelumnya diterajui oleh saudara Zaidi pada 06/07 dan saya sendiri pada 07/08. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pengundi kerana memberi kami sepenuh kepercayaan bagi meneruskan kepimpinan terbaik di peringkat fakulti.

Kepada wakil kejuruteraan, saudara Tee dan saudari Hidayah, selamat menjalankan tugas anda. Anda perlu mengutamakan janji anda dalam manifesto anda dan membayar kepercayaan pengundi terhadap anda dengan perkhidmatan terbaik bagi memastikan kebajikan fakulti kejuruteraan terus terjaga.

Sebelum ini saya bersama rakan saya Hilman telah menempuh setahun sebagai wakil kejuruteraan dan banyak pembaharuan yang telah dijalankan seperti penambahan tempat letak kereta, pelebaran tangga di kawasan blok U, penambahbaikkan jalan penhubung kolej 6 dengan fakulti kejuruteraan dan baru-baru ini susur berbumbung yang sedang giat dijalankan.

Sesungguhnya kami tidak pernah mahu menghampakan pelajar fakulti kejuruteraan yang telah memilih kami sebagai wakil anda dan suara anda tetap kami perjuangkan. Akhir kata, selamat maju jaya bagi 2 wakil fakulti yang baru ini. Sebarang persoalan anda boleh hubungi saya mahupun rakan-rakan yang lain dan kami tidak lokek membantu anda semua.

UM is ONE!!

1 comment:

  1. Salam. tahniah kepada saudari Hidayah dan saudara Tee. Sekiranya inginkan pandangan dan pendapat kami untuk fakulti, janganlah segan-segan untuk bertanya..

    Ataupun, saudara Hafiz boleh aturkan perjumpaan kita dengan mereka? Barulah ada kesinambungan.

    Terima kasih saudara Hafiz, saya bangga ada partner seperti awak dalam tempoh perkhidmatan kita di fakulti. Terima kasih.

    ReplyDelete