Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Thursday, 8 January 2009

Menteri Benarkan Demonstrasi Mahasiswa Kutuk Israel

Assalamualaikum…Salam Perpaduan

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah memberi lampu hijau kepada mahasiswa untuk menyertai mana-mana demonstrasi anjuran pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara. Sudah pasti ini merupakan satu keputusan yang melegakan terutamanya pada mereka yang menggelar diri mereka aktivis mahasiswa.

Beliau berkata demikian bagi membenarkan pelajar untuk menyertai mana-mana demonstrasi bagi mengutuk kekejaman Isreal ke atas bumi Palestin. Secara tak langsung, dengan pindaan AUKU baru-baru ini, telah membuka ruang kepada mahasiswa lebih bergiat aktif bersama-sama pertubuhan yang mereka rasakan terbaik dan mampu membawa faedah pada diri mereka masing-masing.

Walau bagaimanapun, ingin saya menasihatan rakan-rakan yang bijak pandai agar tidak menggunakan kesempatan ini atas perkara-perkara yang tidak patut. Gunakan peluang ini ke jalan yang benar, jalan yang boleh bawa diri kita maju ke depan. Jangan sehingga kita diperalatkan oleh sesetengah pihak yang tidak memikirkan masa depan kita. Sesungguhnya kita perlu ingat dan tanamkan dalam diri kita bahawa objektif kita yang utama menjejakkan kaki ke universiti adalah untuk berjaya dalam bidang akademik itu sendiri.

Mungkin bagi sesetengah pihak, pindaan AUKU yang dilaksanakan sekarang hanya dipandang sinis. Tetapi ini bukti bahawa kerajaan masih mempunyai ruang untuk mendengar keluhan dan keperluan mahasiswa untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka masing-masing. Tidak mustahil, apabila keadaan masa depan lebih terkawal, AUKU mungkin akan dipinda ke suatu tahap yang lebih baik dan memberikan mahasiswa lebih ruang untuk berkecimpung dalam dunia luar. Teruskan perjuangan mahasiswa dan bergerak bersama-sama menuju kesejahteraan bersama.

UM is ONE!!!

No comments:

Post a Comment