Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Friday, 2 January 2009

Tahun Baru Tetapi Pemikiran di Tahap LAMA

Assalamualaikum...Salam Perpaduan.

Apa sebenarnya sudah jadi dengan rakyat Malaysia sekarang. Kita boleh berhibur, jika hiburan itu di landasan yang betul dan mengikuti hukum dan peraturan yang telah ditetapkan. Tetapi masih ada segelintir orang yang melampau hiburannya. Terlalu cetek pemikiran mereka untuk memikirkan apa akibatnya dan apa yang akan berlaku jika hal ini terdedah ke pihak luar terutama kepada musuh-musuh negara ini yang sentiasa memerhati dan menanti saat untuk mereka meruntuhkan keharmonian dan kemakmuran negara ini sekali gus, membawa kita kembali di saat Melaka ditawan Portugis...

Antara pasangan ditahan dalam pesta seks dan dadah di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam semalam. Gambar ehsan Berita Harian Online

Kita dikejutkan dengan parti seks yang sebelum ini diwar-warkan akan dianjurkan. Apakah mereka ini sudah hilang akal atau mereka ini sudah hilang jati diri mereka. Bukan setakat itu, tetapi mereka juga mengambil dadah dan minuman keras. Adakah ini ajaran yang ibu bapa mereka berikan. Terkutuklah orang yang sebegini jika dia beragama Islam dan jika agama lain sekali pun, mereka sepatutnya mempunyai batas sopan dan tata susila orang Timur dan bukan sesuka hati menganjurkan pesta sebegini rupa. Ini bukan salah di sisi undang-undang malah di di sisi agama sekali pun, perbuatan ini sangat terkutuk dan keji. Tidakkan mereka fikirkan akibat seterusnya. Terutama bila membabitkan orang yang terkenal seperti artis dan sebagainya. Mereka patut menjadi tauladan agar orang ramai menjadi lebih baik, tetapi mereka mencemarkan imej sendiri dan sekaligus hal ini mencemarkan juga nama negara kita.

Di jalanan pula, anak muda kita menjadi liar dengan menyembur aerosol dan penyembur 'salji' kepada orang ramai yang lalu lalang. Dilaporkan tangkapan kes ini telah dilakukan di Pulau Pinang dan Bukit Bintang. Saya masih memikirkan, apa sebabnya mereka perlu buat begitu. Adakah ini memberikan kepuasan atau memang mereka dilahirkan menjadi sebegitu atau kekurangan perhatian ibu bapa? Masalah ini semakin meruncing, bermula pada perayaan Hari Natal minggu lepas, kes ini berlanjutan ke sambutan tahun baru. Kemana nilai-nilai murni dan moral anak bangsa kita. Tidak kenal lagi tua muda, dikotarkan kereta orang, disemburnya aerosol pada pihak berkuasa. Adakah hari itu memberi kuasa pada mereka membuat sewenang-wenangnya.

Lebih mengecewakan, ada kes yang menyatakan seorang siswa IPT tempatan dekat ibu negara ditangkap kerana mengedar dadah. Ini adalah pengkhianat bangsa yang memang tak boleh dimaafkan. Mereka ini yang meracun minda rakan-rakan mereka yang lain menyebabkan negara ketandusan pelapis kepimpinan negara. Duit yang negara laburkan untuk penagih dadah ini cukup banyak dan jika ia dapat digunakan untuk pembangunan rakyat, sudah tentu kita mencapai kemajuan lebih pantas daripada sekarang. Ingatlah rakan-rakan muda mudi sekalian, anda harapan bangsa, tidak salah kita berhibur dan tidak salah kita mencari wang lebih. Tetapi ingat, berhiburlah dengan kadar yang minima seperti yang digariskan oleh agama Islam mahupun agama-agama lain dan wang yang dicari, carilah daripada sumber yang halal kerana darah daging yang tumbuh pada badan kita daripada sumber yang haram merupakan bahan bakar di neraka kelak.

Tahun baru ini sepatutnya menjadi satu platfom bagi kita memajukan diri dan memperbaiki kelemahan yang kita ada selama ini. Buka minda anda bagi kita faham apa ertinya kedatangan tahun baru ini. Semoga anda akan mendapat hidayahNya. Kepada pengawal keselamatan dan pihak berkuasa, saya ucapkan tahniah atas usaha anda membanteras jenayah sosial ini demi agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment