Assalamualaikum...Salam Sejahtera..
Terpanggil untuk saya membicarakan isu yang mungkin akan menimbulkan kontroversi dalam masa terdekat ini. Persoalannya, kenapa akibat permainan politik orang dewasa, kanak-kanak yang perlu menerima padahnya.
Kerajaan negeri Perak telah mengarahkan agar tadika bawah naugan Jabatan Kemajuan Masyarakat ditutup setelah diberi notis 14 hari bermula 31 Disember yang lalu. Persoalannya, adakah ini adil? Bermain di fikiran saya, kenapa perlu beri notis selewat itu jika betul niat mereka baik. Adakah kerana bangunan tadika dibina menggunakan peruntukan kerajaan pusat semata-mata membolehkan kerajaan negeri memperjudikan nasib anak-anak di tadika berkenaan? Tidakkah mereka fikir kesannya pada anak-anak itu mahupun ibu bapa yang terpaksa alami kesusahan itu.
Umum tahu Tadika Kemas sering diperkotak-katikkan oleh pihak pembangkang hingga isu ini di bawa ke parlimen dengan mengatakan guru tadika Kemas ini tidak ubah seperti makcik sahaja. Jika ya pun tadika Kemas itu ketinggalan zaman atau kurang efektif, tidak salah bagi cerdik pandai yang mengisi kerusi parlimen untuk mencurahkan idea, membincangkan bagaimana langkah terbaik memperkasakan institusi pengajaran pertama kanak-kanak sebelum mereka menempuh alam persekolahan. Bukannya dengan menyakitkan hati orang dan perli sedemikian kerana ini hanya membuatkan orang benci dengan kita. Ingat rakan-rakan, kepada yang beragama Islam, jika anda berdosa pada Allah, anda boleh memohon taubat daripadaNya. Tetapi jika anda berdosa dan menyakiti orang lain, Allah tidak akan ampunkan selagi orang yang terjejas angkara kata-kata anda tidak memaafkan anda.
Sebelum itu, ada sebuah pertubuhan NGO yang mengadakan satu acara yang melibatkan kanak-kanak bagi mendapat sokongan. Ini adalah satu tindakkan murahan dan terkutuk menggunakan kanak-kanak atas kepentingan peribadi. Kanak-kanak harus diberi pendidikan dan pendedahan sewajarnya bukan digunakan sebegini rupa. Mereka adalah asset dan bakal pemimpin negara akan datang. Adakah ini langkah menunjukkan setengah pihak sudah terdesak mendapatkan sokongan.
Jika betul kerajaan negeri ingin mendapatkan premis Tadika Kemas itu, saya cadangkan agar mereka bina atau memindahkan pelajar sekarang ke tempat lain bagi mendapat pembelajaran yang sesuai. Bukan sekadar beri notis pada orang yang berkenaan dan lepas tangan. Ke mana hala tuju lebih 13 000 murid tadika di negeri itu. Adakah ini memperjuangkan kebajikan rakyat? Dengan membuat ribuan orang kehilangan kerja, kanak-kanak terpinga-pinga tiada tempat menuntut ilmu dan ibu bapa pening memikirkan tempat lain, pengangkutan bagi anak-anak mereka selain tugas hakiki mencari rezeki bagi menyara keluarga.
Kesimpulannya, saya mengharapkan agar masa yang lebih sesuai diberikan kepada Kemas untuk mencari tapak baru yang sesuai untuk menggantikan tadika yang ada sekarang ataupun kerajaan Perak sendiri menyediakan tempat ganti bagi kanak-kanak ini meneruskan pembelajaran mereka agar mereka satu hari kelak menjadi insan yang berguna bagi menyumbangkan bakti ke arah kemajuan negara menuju Wawasan 2020.

sekadar sudut pandangan yang berbeza dan alternatif:
ReplyDeletehttp://mahasiswakini.com/archives/674