Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Thursday, 22 January 2009

Informasi Terkini Bagi ASTARIAN

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...

Setelah selesai Mesyuarat Pengurusan pada 22 Januari 2009, beberapa informasi dan peringatan kepada penghuni telah diberikan. Antaranya adalah ;

1. Masalah tekanan air rendah : Aduan sudah dibuat dan dalam perancangan menambah 1 lagi tangki air. Buat permulaan akan ditumpukan di blok B.

2. Sistem PA : Sekarang posisi pembesar suara sedang dirombak dan ditambah bagi membolehkan semua penghuni mendapat informasi yang disampaikan melalui pembesar suara. Sesiapa yang belum dapat dengar dengan jelas, sila adukan kepada saya mahupun penyelia berkenaan tempat yang tak dapat dengar itu.

3. Masalah bekalan elektrik kerap putus : Untuk pengetahuan rakan-rakan, kontraktor memerlukan 2 bulan untuk kerja wiring dan percubaan terhadap bekalan elektrik agar ia sempurna. Akibat kekurangan masa, kontraktor tak sempat untuk buat percubaan dan oleh sebab itu, ada sedikit masalah bekalan elektrik kerap berlaku. Jika ia berlaku, sila maklumkan kepada penyelia bertugas. Anda juga dingatkan supaya tidak gunakan alatan larangan seperti TV, seterika, pemanas air dan lain-lain di dalam bilik anda bagi elakkan masalah ini berlaku juga.

4. Tapak letak kereta : Jika sesiapa yang mendapati ada orang telah mengambil tempat letak keretanya, anda diminta membuat aduan terus kepada penyelia bertugas sebelum 12.00 tgh malam. Jika ada kereta kawan mahupun keluarga yang ingin gunakan ruang anda, sila maklum kepada penyelia bagi mengelakkan sebarang tindakan 'clamp' diambil.

5. Kipas di Sudut Maklumat : Untuk makluman penghuni, pihak pentadbiran atas cadangan pelajar akan memasang 2 kipas di Sudut Maklumat (pigeon hole). Ia akan dijalankan tidak lama lagi.

6. Surau : Surau dikatakan akan disiapkan pada minggu ini juga dengan kerja 'wiring' sudah siap cuma pemasangan cermin tingkap dan langsir serta kerja membersihkan surau sahaja.

7. Tatasusila pelajar : Penghuni adalah diminta untuk menjaga tatasusila termasuk pergaulan anda antara lelaki dan perempuan. Ini kerana ada tindakan berpelukan kerana hendak ambil gambar dan sebagainya ada berlaku di kawasan terbuka di kolej ini. Selain itu, anda diminta mengawal kekuatan suara anda ketika berbual di kawasan hadapan pejabat kerana tindakan anda yang gelak ketawa atau cakap dengan kuat bukan sahaja menggangu pelajar malah penyelia yang tinggal di blok C. Saya harap perkara sebegini tidak berlaku lagi.

8. Kepada pengarah projek : Anda diminta mendapatkan nasihat penyelia penasihat anda sebelum membuat sebarang keputusan. Ini kerana ada kes yang keputusan dibuat oleh pengarah tanpa ditanya kepada penyelia. Akibatnya ini telah memalukan penyelia itu walhal ia membawa nama UM. Oleh itu, ingin saya beritahu anda penyelia tidak sesibuk yang anda fikirkan. Mereka akan luangkan masa anda jika hal berkenaan projek diajukan pada mereka.

9. Kad Makan : Sistem sekarang yang memerlukan penghuni menulis nama dalam buku log jika tak bawa kad makan bukan suatu kemudahan dan alasan anda tidak bawa kad makan. Nama yang berada dalam buku itu akan diambil tindakan sewajarnya mengikut notis yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Saya harap para ASTARIAN dapat memberi kerjasama yang baik demi menjaga kesejahteraan kita bersama.

ASTAR is FIRST!
UM is ONE!!!

3 comments:

  1. salam...

    untuk PA sistem tu aku ada 1 cadangan..setiap floor pasang satu speaker seperti pasang router sekarang..aku rasa dengan ada speaker tu setiap floor akan dengar dengan lebih jelas setiap pengumuman yang disampaikan...

    sekadar memberi cadangan..=)

    ReplyDelete
  2. dah ada cdangan tuh, dulu penah ada d setiap flor. akibat senior kita yang dulu 'ganas' mencabut wayar speaker sampai rosak, jadi terus tak di letak di tiap2 flor lagi

    ReplyDelete
  3. owh..xsangka plak ada jugak org yang jahat sampai cabut wayar speaker..sikap mcm ni yang menyusahkan orang lain..

    ReplyDelete