Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah pada Presiden Obama yang telah dilantik secara rasmi sebagai Preseden Amerika ke-44 pada 20 Januari 2009 yang lalu. Dengan pelantikkan beliau, ramai yang mengharapkan perubahan yang lebih ke arah positif yang akan dibawanya terutama dari segi ekonomi dan keamanan dunia.
Terus terang saya nyatakan saya bukan orang yang pakar dalam mengupas hal ekonomi jadi dengan itu saya ingin mengambil kesempatan mengulas sedikit mengenai tindakan pertama beliau bagi memastikan keamanan dunia dapat dicapai.
Presiden Obama telah mengambil keputusan melantik tokoh kedamaian Ireland Utara, George Mitchell bagi Asia Barat dan orang tengah krisis Balkan, Richard Holbrooke untuk Afghanistan dan Pakistan. Ini jelas menunjukkan beliau ingin menunjukkan bahawa beliau ingin membawa perubahan pertama berbanding pentadbiran Bush yang umum tahu tidak mempunyai kredibiliti dalam menjaga keamanan dunia sebaliknya menghalalkan apa sahaja demi kepentingannya dan proksinya Isreal.
Obama yang juga menjadi harapan dunia Islam bagi memulihkan keamanan dunia terutamanya di Palestin serta membersihkan nama Islam daripada jolokan 'pengganas' lagi. Tetapi persoalannya bolehkah orang nombor satu di USA ini melakukannya?
Kita melihat pentadbiran yang lepas-lepas. Tidak dinafikan Amerika tidak pernah menghalang langsung tindakan Isreal dalam menceroboh dan membunuh rakyat bumi Palestin kecuali pada pemerintahan Bush yang tampak bukan tidak menghalang malah menyokong atas dasar memerangin pengganas. Mereka mempunyai konsep yang sungguh bercanggahan dengan Islam dan dengan hasrat melupuskan terus Islam di bumi para anbiya' bumi Palestin itu sendiri.
Langkah pertama yang dibuat untuk mencari keamanan oleh Obama ini nampak positif tetapi adakah ia boleh membuahkan hasil? Orang yang dihantar ini boleh dianggap musuh Islam sebenarnya. Sesungguhnya Islam tidak akan dijaga oleh sesiapa kecuali saudaranya sendiri.
Saya tidak mahu mengkritik tindakan 'murni' ini tetapi saya juga tidak mengharapkan tindakan ini dapat membawa keamanan yang abadi. Ini terpulang kepada kita umat Islam sendiri bagaimana kita mahu mengambil tikndakan bagi membantu saudara kita di sana.
Secara lojiknya, bagaimana Isreal dikecam dan dihalang oleh PBB yang menghimpunkan suara-suara pemimpin seluruh dunia pun tak diendahkan oleh Isreal, inikan pula menghantar George Mitchell itupun hanya untuk membantu mengukuhkan perjanjian gencatan senjata rapuh yang diadakan minggu lalu selepas serangan tiga minggu Israel mengorbankan lebih 1,330 penduduk Palestin. Nyata sekali beliau dan Obama sendiri tidak boleh menggunakan perkataan 'menghentikan' serangan dan jenayah perang ini.
Oleh itu saya ingin membawa umat Islam mengingati sejarah yang Palestin yang dijajah tetapi kembali dibuka dan dibebaskan oleh panglima-panglima Islam yang gagah seperti Umar Al'Khattab dan Salahuddin Al-Ayubi. Mereka adalah manusia yang mulia di sisi Allah dan mereka hanya patuh pada arahan Allah bukan PBB mahupun Amerika itu. Oleh itu, saya berharap liga Arab dan OIC dapat memikirkan suatu mekanisme secara lebih efisen untuk membantu saudara kita di Palestin ini agar mereka bebas dari cengkaman Yahudi laknatullah dan hidup bebas serta aman seperti yang kita nikmati sekarang.
No comments:
Post a Comment