Assalamualaikum dan Salam Perpaduan…
Berakhirnya satu lagi episod demokrasi universiti apabila tamat tempoh mengundi pada 4.30 petang, 19 Januari 2009. Pemilihan kali ini yang saya anggap paling buruk sepanjang saya berada di UM ini yang dimainkan oleh sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab. Setelah pengiraan demi pengiraan dibuat untuk memuaskan hati setiap calon yang ada, keputusan akhirnya diumumkan kira-kira jam 4 pagi tadi.
Suara keramat mahasiswa yang diterjemahkan melalui undi nyata jelas bak kata DS Anwar Ibrahim sebagai ‘rakyat yang dahagakan perubahan’. Tetapi syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kem Gerak apabila menang walaupun dengan majoriti mudah apabila memenangi 20 kerusi manakala Pro M merampas 19 kerusi dan 2 calon bebas dari Fakulti Undang-Undang sebagai pelengkap kerusi panas MPMUM.
Seperti yang dijangkakan, saingan sengit telah diberikan oleh Pro M apabila merampas 8 daripada 9 kerusi umum dan 11 kerusi di fakulti antaranya Pusat Kebudayaan, Akademi Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian, Perniagaan & Pentadbiran dan lain-lain. Syabas saya ucapkan kepada pro m atas peningkatan mendadak dari segi jumlah kerusi dalam kabinet MPMUM.
Saya berharap agar kepimpinan Gerak dapat membuat bedah siasat bagi mengkaji punca kekurangan jumlah kerusi yang dimenangi dan memperbaiki setiap aspek yang didapati kurang menyerlah. Jadikan ini sebagai tauladan untuk kita terus memperbaiki diri kita ke suatu peringkat yang lebih baik daripada sedia ada.
Walaupun Penggerak Mahasiswa telah menang dengan majoriti mudah tetapi dengan kehadiran barisan pro m yang tidak kurang hebatnya ini dapat dijadikan sebagai pemangkin untuk rakan-rakan Gerak belajar dan terus berjuang demi membela nasib dan membalas jasa rakan-rakan yang telah mengundi dan memberi kepercayaan kepada anda.
Pada hemat saya, jika dua kumpulan besar ini dapat bekerjasama dengan baik, kita mampu menjana kepimpinan yang lebih baik di kalangan mahasiswa. Anda perlu bersatu agar perjalanan organisasi anda berjalan lancar dan tiada sifat prejudis sesama sendiri bagi mengelakkan lagi sebarang penyebaran fitnah mahupun ancaman kepada rakan-rakan sejawat anda sendiri. Sesungguhnya saya berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosa mereka yang berjuang dengan menghalalkan apa jua cara bagi memperoleh kemenangan.
Kepada Gerak, teruskan perjuangan demi membela kebajikan mahasiswa dan kepada pro m, ketepikan idealism politik luar sedia ada. Tumpukan sepenuhnya kepada mahasiswa UM dan jika anda ingin berjuang memansuhkan AUKU dan ISA, teruskan menggunakan nama pro m sahaja dan jangan sesekali melibatkan MPMUM dalam perjuangan anda kerana MPMUM adalah untuk berjuang secara kolektif bagi semua mahasiswa UM dan bukan khusus untuk orang yang nak mansuh AUKU atau ISA sahaja. Teruskan perjuangan Aspirasi sesi lalu yang menumpukan kepada perkhidmatan mahasiswa seperti masalah air, wireless, klinik kesihatan dan lain-lain. Insyaalah pengundi yakni mahasiswa UM akan sedar bertapa besarnya peranan Gerak setelah berakhirnya Pemilihan MPMUM sesi ini.
Akhir kata, moga maju jaya pada kabinet MPMUM sesi 08/09 ini dan diharapkan anda semua akan membawa perubahan dengan erti kata sebenar dan bukan berubah bagi kepentingan diri anda sendiri. Teruskan bergerak demi membela nasib siswa-siswi kampus. Seketeriat Presiden Kolej Kediaman UM(SPKUM) akan memerhatikan perubahan anda dan kami tidak akan berdiam diri andai kata anda mengabaikan tanggungjawab anda dan kami tanpa prejudis akan bergerak atas platform kami sendiri demi terus menjaga kebajikan penghuni kolej kediaman dan juga penghuni luar kampus (PUSPITA).
UM is ONE!!!

No comments:
Post a Comment