Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Friday, 9 January 2009

Sistem Wi-fi UM Dipertingkatkan

Assalamualaikum Dan Salam Perpaduan

Untuk pengetahuan anda, sekarang anda boleh menggunakan kemudahan wi-fi menggunakan id dan kata laluan akaun perdanamail anda. Anda tidak perlu lagi pergi ke Pusat Teknologi Maklumat (PTM) untuk mengisi dan menghantar borang permohonan bagi memperolehi id khas untuk menggunakan kemudahan ini seperti dahulu lagi. Ini merupakan salah satu penambahbaikkan dan pemudah cara bagi pelajar melayari internet yang sekarang ini merupakan himpunan ilmu bagi para pelajar khususnya siswa siswi universiti.

Dalam satu utusan daripada En. Yoo Sang Nge, pegawai PTM yang bertanggungjawab dalam pembangunan wi-fi memberitahu yang 800 ‘hotspot’ baru sudah boleh beroperasi dan kerja menambahkan 200 access point(AP) sedang giat dijalankan oleh kontraktor yang bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, tempat khusus hotspot itu dipasang tidak dinyatakan. Bagi pelajar kolej, anda dapat melihat AP ini berupa kotak-kotak besi sepanjang koridor atau di tempat-tempat tertentu yang menjadi tumpuan pelajar seperti bilik bacaan dan dewan serbaguna.

200 hotspot baru ini mungkin kurang berfungsi kerana masih dalam peringkat percubaan. Tetapi ia akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa. Jika ada mana-mana pelajar yang tidak mendapat liputan wi-fi, anda diminta membuat aduan kepada penyelia ataupun anda boleh melaporkan melalui Sistem aduan ICT di laman web ptmhelpdesk.um.edu.my. Saya berharap agar laporan segera dibuat jika rakan-rakan mempunyai sebarang gangguan menggunakan kemudahan ini.

Saya mewakili para pelajar ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbiran universiti dan PTM yang mengambil serius isu yang dibawa oleh MPMUM sesi yang lepas. Untuk pengetahuan anda, MPMUM sesi yang lepas telah membuat beberapa siri perjumpaan dan mesyuarat bersama pegawai PTM dan membincangkan isu menambahbaikkan wi-fi selain memperluaskan pengunaan ‘perdanamail’ dikalangan pelajar UM. Akhir kata, perjuangan memperjuangkan kebajikan pelajar akan terus bergerak sejajar dengan persekitaran kita pada masa kini.

UM is ONE!!

No comments:

Post a Comment