Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sedih dan sebak di hati saya dengan berita ini. Dilaporkan sekitar jam 5 pagi, ada orang telah mendapati kepala khinzir bergelimpangan di atas bendera PAS dan terdapat tulisan pada bendera tersebut berada di dalam surau Akademi Pengajian Islam (API). Daripada mula tersebar hal ini, banyak anggapan dan tuduhan yang telah dilemparkan. Dan paling menyedihkan lagi apabila kita sesama Islam sendiri menuduh satu sama lain, apakah maksud ini semua?
Apabila kita saling menuduh dan bermusuhan, musuh sebenar kita di luar sana mahupun dalam negara ini sendiri berpeluk tubuh, bergelak ketawa menanti saat untuk meneguk di air keruh. Ini telah menyentuh isu sensitiviti Islam itu sendiri, dan saya tidak yakin ini perbuatan individu beragama Islam itu sendiri.
Umum tahu yang dalam kekecohan pemilihan MPMUM ini, dua kumpulan besar Gerak dan Pro m masing-masing menuduh sesama sendiri dan mempertanggungjawabkan kesalahan ini pada kumpulan lawan masing-masing. Ingin saya ingatkan kepada rakan-rakan di pihak Gerak mahupun Pro m, ini hanya suatu proses pemilihan sahaja dan ia tidak sepatutnya dijadikan isu sensitiviti agama sebegini rupa.
Saya mempunyai pendirian sendiri, saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak hingga bukti yang jelas dilampirkan bagi menuduh pihak yang bertanggungjawab itu. Dengan ini, saya juga ingin menyeru kawan-kawan baik di pihak Gerak mahupun Pro m agar menghentikan perbalahan dan tuduhan-tuduhan tanpa bukti ini. Sepatutnya kita duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian bagi mencari dalang sebenar yang ingin membuat onar pada Agama Islam itu sendiri.
Saya berharap kita dapat sama-sama doakan agar kebenaran akan menjelma jua. Sesungguhnya saya menitiskan air mata kerana takut akan azab Allah yang akan dikenakan pada orang yang membuat tindakan keji ini. Saya sebak kerana Islam diperkotak-katikkan hanya di saat pemilihan MPMUM ini berlangsung. Saya masih tidak faham kenapa jalan ini yang diambil untuk meraih populariti dan sokongan. Saya menyeru agar pimpinan dua kumpulan besar ini untuk duduk dan berbincang jalan penyelesaian terbaik dan biarkan pihak yang professional menjalankan tugas menjejak penjenayah agama ini.
Ya Allah, Lindungilah diriku dari taburan fitnah Ya Allah. Lindungi sahabat-sahabat ku dari taburan fitnah Ya Allah, Lindungilah umat Islam seluruh dunia dari taburan fitnah Ya Allah. Teguhkan perpaduan kami Ya Allah, Sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui…Amin..
Allahu Akbar!!!

salam..
ReplyDeleteaku setuju dengan pendapat dari hang hafiz..sepatutnya kita kena duduk bincang bersama xkira walaupun berbeza pendapat tapi kita TIDAK berbeza agama..PRO-M dan GERAK kena sama duk berbincang..
lagi satu yang aku tertanya-tanya plak kenapa UM nak rahsiakan berita ni?? xkuaq tv,paper nasional pun xkuaq..malaysiakini ada melaporkan berita ni..dimana sensitiviti umat Islam klu pekara ni nak rahsiakan??
zulcar9