Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Saturday 17 January 2009

PENDEDAHAN : Calon Umum Sedang Jalani Latihan Industri?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, rakan saya daripada fakulti kejuruteraan jabatan Mekanik yang berasal daripada Kedah telah menjadi calon Umum untuk pemilihan MPMUM sesi ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kerana dia berkemungkinan menjadi penyambung rentetan kepimpinan daripada jabatan Mekanik selepas saya pada sesi lepas.

Tetapi ada sesuatu yang menghairankan saya. Untuk pengetahuan anda, kami pelajar semester 6 jabatan Mekanik telah diwajibkan menjalani latihan industri selama 6 bulan di dalam tempoh waktu 1 Disember 2008 hingga 30 Jun 2009. Ini tidak terkecuali pada saya mahupun rakan sekelas saya yang bertanding tersebut.

Untuk pengetahuan ramai, bila seseorang itu telah menang pemilihan MPMUM, anda perlu memberi sepenuh komitmen bagi membalas jasa rakan-rakan anda yang telah mengundi dan menyokong anda. Anda perlu berkerja keras dan berkorban demi menjaga kebajikan mahasiswa UM ini. Tetapi apabila dalam kes ini, rakan saya ini tentu akan mengalami sedikit masalah dalam memberi komitmen menyebabkan saya gusar akan kedudukannya kelak.

Rakan saya yang menjalankan latihan industri terpaksa pergi ke pejabat dan bekerja pada waktu pejabat seperti biasa (9.00 pagi hingga 5.00 petang). Ini sebenarnya suatu kerugian kepada mahasiswa yang mengundi beliau. Jika beliau menang sekalipun, suaranya tidak akan didengar.

Cara menyuarakan luahan kita pada pentadbir yang paling efisen adalah bersemuka dan berbincang dalam meja bulat dan ini selalunya akan diadakan pada waktu siang semasa pentadbir masih berada di universiti. Jika rakan saya ini sedang bekerja, dia sudah tentu tak dapat hadir dan suara beliau sudah tentu tidak didengar. Malahan beliau adalah satu-satunya calon mewakili mahasiswa berbangsa India bagi kumpulan yang mendokongnya. Saya rasa ini akan merugikan banyak pihak terutamanya dirinya sendiri apabila menjawat kerusi umum yang merupakan kerusi paling penting dalam organisasi MPMUM itu sendiri.

Tetapi jika komitmennya tinggi, mungkin dia boleh ponteng kerjanya demi menyuarakan kebajikan mahasiswa, satu niat yang baik tetapi ia memberi contoh yang tidak baik kepada anak-anak buahnya, ponteng dan tidak menjalankan tanggungjawab hakiki merupakan suatu kes yang serius kerana ini berkaitan dengan amanah. Ingat rakan-rakan, pemimpin yang baik adalah orang yang memegang amanahnya dengan baik tidak kira apa tanggungjawab yang diberikan padanya.

Saya hairan jika dia sudah tahu dia mempunyai komitmen dalam latihan industri mengapa masih ingin bertanding. Beliau mempunyai pilihan untuk menangguh latihan industri seperti beberapa rakan saya lakukan jika benar-benar ingin menjaga kebajikan pelajar tetapi beliau tetap teruskan latihan industrinya. Tindakan ini seolah-olah menampakkan dirinya kurang berfikir masa depan dirinya dan juga pelajar. Satu sifat pemimpin adalah mereka harus fikir jauh ke depan supaya dapat merangka strategi dan peluang untuk terus memberi perkhidmatan terbaik pada pelajar. Akhirnya beliau akan mengalami kesusahan dan tidak membantu para pelajar langsung. Satu lagi kerugian yang dapat saya simpulkan.

Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada rakan saya ini agar berfikir masak-masak akan situasi anda. Anda membawa nama kumpulan anda, jika anda tidak membuat kerja dalam MPMUM sekiranya anda menang sesi ini, mungkin sesi depan kepercayaan yang pelajar mungkin berikan pada anda terutamanya kumpulan anda akan luput lenyap. Tapi saya yakin anda dan kumpulan anda sudah tentu mempunyai jawapan balas jika hal ini diutarakan kerana anda semua tidak pernah mengecewakan dalam memberikan jawapan balas mahupun membuat isu yang hangat.

Akhir kata, saya memohon rakan-rakan semua memeriksa latar belakang semua calon sebelum membuat pilihan. Adakah mereka benar-benar layak menjadi pemimpin jika diri sendiri tidak mampu membuat keputusan yang sebaiknya? Sehebat mana seseorang manusia, dia tidak boleh menjalankan 2 komitmen besar dalam suatu masa. Berikan peluang kepada rakan saya ini menjalani latihan industri beliau dengan tenang bagi memperoleh pengalaman untuk mencebur bidang kejuruteraan setelah tamat pengajian kelak. Ramai lagi calon yang hebat berada dalam senarai calon umum. Tepuk dada tanya selera, jangan mengambil bulat-bulat kata-kata manis yang dijanjikan sebaliknya menyiasat adakah kata-kata itu mampu dilaksanakan atau sekadar bahan ucapan bagi memenangi hati pengundi. Anda semua mahasiswa universiti perdana ini sudah pasti mempunyai tahap intelek yang tinggi dan saya yakin anda semua mampu menilai baik dan buruknya. Selamat maju jaya dalam usaha kempen setiap calon.

UM is ONE!!

13 comments:

  1. Aku org atas pagar yang idlahirkan dengan hidup liberal dan suka kepada politik nilai…
    Dari suatu sumber dari Kolej Kediaman Bestari, kolej 4th, saudara junaidi presiden kolej 4th telah pun bertindak mengeluarkan post yang membuka pekung dan memerangkap dirinya dalam isu penyalahgunaan wang pelajar oleh aspirasi semasa jentera aspirasi pergi ke pulau tioman untuk menjalani latihan jnetera danbengkel calon….

    Persoalan timbul dengan begitu suspen sekali… sma-sama kita fikirkan ialah:……

    1. KENAPA TIBA-TIBA POST JUNAIDI YG MENJAWAB ‘FITNAH’ DARI PRO M TERSEBUT TIDAK LAGI DISIARKAN SETELAH IANYA DISIARKAN DALAM MAHASISWAKINI?

    2. KENAPA ADA MAHASISWI PENGGERAK MAHASISWA ATAU ASPIRASI YANG SANGGUP PECAHKAN RAHSIA PERANGAI DAN PERILAKU JUNAIDI SEJAK AKHIR-AKHIR INI? SENGAJA DEDAHKAN KELEMAHAN SENDIRI ATAU ADA MASALAH DALAMAN?

    3. KENAPA TIDAK ADA LAGI JAWAPAN BAGI SEGALA ‘TUDUHAN’ YANG PRO M LEMPARKAN KEPADA ASPIRASI SEPERTI POST JUNAIDI JAWAB ISU PULAU TIOMAN HARI TUE?

    4. SEJAK AKHIR-AKHIR INI ASPIRASI SEPERTI BERSIFAT ‘DEFENSIVE’ DALAM PELBAGAI ISU,PADAHAL PRO MAHASISWA TERUS MEMBAWA BUKTI-BUKTI BARU UNTUK PASTIKAN ‘TUDUHAN’ MEREKA BENAR. KENAPA?

    5. TENTANG PENYALAHGUNAAN WANG PELAJAR, KENAPA NAMA PROGRAM LAIN DARI ISI PROGRAM TERSEBUT? MENGAPA? MEMANG PROSEDUR ATAU HABIT ASPIRASI MEMANG BEGITU DALAM ‘CORE BUSINESS’NYA MEROMPAK DUIT PELAJAR????

    6. BABI?... MUNGKIN BOLEH JADI PRO M SENANG DAPAT BENDERA PAS, TAPI ASPIRASI LAGI SENANG DAPAT KEPALA BABI DIBELAH DUA… MENGKONFIUSKAN??

    7. KENAPA HAFIZ ILLIAS TIBA-TIBA KENA CUBA DICEDERAKAN?

    8. KENAPA FITRAH DI’SAMBUT’ OLEH BARISAN JTK,JIK SEMASA KEMPEN BELIAU?? POPULAR SANGATKAH FITRAH ATAU ASPIRASI DAN PENGETUA KOLEJ KECUT DENGAN BUDAK KURUS DARI PENANG ITU????????

    9. PETANG SEMALAM, DARI PAGI HINGGA TENGAHARI, SEMUA PENGETUA KOLEJ LARI TAK ADA KAT PEJABAT?

    10. KENAPA ADA PROSEDUR BODOH SEPERTI LIMIT WAKIL CALON YANG BERKEMPEN HANYA YANG ADA NAMA PADA KERTAS SEPERTI DI KOLEJ 7TH? SETIAP WAKIL CALON PERLU HANTAR SURAT BERKEMPEN YG BERLAINAN DALAM SATU MASA, SENGAJA LAMBATKAN PROSEDUR PRO M ATAU TAK MAHU BAGI TERUS?????

    11. KENAPA BUDAK-BUDAK DI KOELH 4TH SANGAT SAYANG KAN AYUNI? PRO M YANG MISKIN ITU SUDAH SUAPKAN BUDAK-BUDAK ITU DENGAN RASUAH ATAU AYUNI SENDIRI IKHLAS DALAM MEMIMPIN…

    12. KENAPA AYUNI SEBAGAI BEKAS ORG KUAT 4TH JADI ORG PRO M, DIA DIRASUAH OLEH PRO M YANG NAK KUMPUL DANA PUN KENA JUAL T-SHIRT OREN YANG BODOH ITU KE?????

    13. KENAPA WAKIL CALON 1ST YEAR DI KOLEJ SEMBILAN DIUGUT DAN TETIBA SAJA KAD PENGENALANNYA HILANG…. TRAUMA TERUS BUDAK TU SAMPAI TAK MAHU JADI WAKIL CALON… PERSOALAN, SAPA YANG BUAT….??? TAK LA, AUTOMATIK DAN TELAH DITAKDIRKAN..HUHU,

    PADAN MUKA PRO M. HAMPA LAWAN DENGAN ORG YANG DIBELAKANG NYA HEP, UMNO, BN, EERR… JGN LUPA KEPADA PENJUAL KEPALA BABI DARI CHOW KIT ROAD…..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pandangan bernas anda.
    1. terus terang, saya tidak tahu mengenai post junaidi yang x disiarkan lagi, mungkin ada sebab tertentu yang boleh anda tanya padanya lebih direct

    2. ttg pecah rahsia, itu adalah strategi pihk lwn, ada phk pro m mnyamar aspirasi, ada aspirasi jd pro m. perkara ini x dpt di sangkal.

    3. utk jwb tuduhan kna dptkan bukti. pihak trtuduh dlm prancangan mendedahkan. sya tiada sebarang info

    4. mungkin kami nampak defensive, sbnarnya kami cuma ingin membetulkan isu yg dibawa oleh pro m. tak perlu bwa isu bsar krana perjuangan kami mnjaga kbjikan plajar bukan membuat isu.

    5. anda perlu paham kontex wang pelajar. wang pelajar atau GPPA adalah wang rm50 yang dibayar setiap sesi dn ia digunakan sepenuhnya utk pelajar dalam agihan wang setiap projek

    6. ttg babi saya dh nyatakan penderian saya tidak mahu menuduh sesiapa krana ini melibatkan sensitivi umat Islam dan saya yakin dua2 pihak takkan buat ini. mungkin ada phak 3 yang ingin kan perpecahan lebih dalam yang lakukannya.

    7.hafiz ilyas cuba dicederakan? itu saya tidak tahu dan tiada bukti kukuh. mungkin mcm masa sya jd pm, kita jerit suruh bdak2 beratur tapi dia call mak dia kata kita buli dia.

    8. terus terang sya tak kenal fitrah dan tak tahu apa sambutan trhadap beliau. dlm kempen sya tidak campur tangan dalam kolej saya.

    9. tidak benar, pengetua kolej saya ada hingga jam 6. hari ini dan esok beliau takda krana utk beli persiapan raya cina, kolej lain saya tak tahun. mayb awk bleh tanya presiden yang lain.

    10.sya x faham knapa anda tanya hal kolej 7 pda saya. utk pengetahuan anda, ada 6 wakil calon utk berkempen dan mereka ada tag tertulis kempen, if ada tag, mest boleh ikut di kolej saya.

    11. daripada yg sya dngar, ayuni mmg berpengaruh tambahan beliau pm yang menjaga hal ptptn. jadi semua yang mengambil ptptn mest kenal dia. itu mungkin sbb sokongannya ramai.

    12. brkenaan ayuni jadi pro m, itu tidak mustahil, suatu ketika dulu presiden kolej sendiri ada yg beranding gagasan. bukan rasuah tetapi hak pelajar memilih.

    13. brkenaan ini sya tdak past. utk pengetahuan anda, ada kes dulu tak igt tahun berapa, calon itu sendiri di culik. tak tahun pihak mana yang buat. tetapi sya menentang cara tidak sihat ini. hrap anda ada bukti siapa yg lakukan, tolong jelaskan pda hep.

    akhir sekali mungkin anda org ats pagar, tetapi saya hrap anda tolak sbarang isu politik luar, kita mahasiswa hanya untuk mahasiswa. ttg isu babi, diharap anda dpt brsetuju dgn sya, jgn menuduh sesiapa, berdosa jika ia belum dibuktikan benar. mari kita sama-sama doa pada Allah agar semua ini ditunjukkan jawapan.

    ReplyDelete
  3. SAY NO TO PENGGERAK MAHASISWA!!!

    ReplyDelete
  4. di mana aspirasi yg kini dikenali sbg penggerak mahasiswa semasa pro mahasiswa membuat protest di depan kedutaan mesir?
    di mana? tolong jawab ini dulu sebelum u all katakan pro m adalah pro israel!!!!

    ReplyDelete
  5. pertama sekali saya hrap anda dpt maafkan insan yang bertanggungjawab krana membuat banner sebegitu. kami dah minta agar banner itu ditukar. ini mungkin krana ada orang yg tak dpt kawal emosinya ketika membuatnya. di pihak pro m juga tak kurang orang yang sebegitu juga. sbarang maklumat lanjut anda boleh hubungi presiden kolej tersebut.
    berkenaan demo depan kedutaan, terima kasih kami ucapkan krana anda semua sanggup turun, mungkin anda tak kenal semua rakan penggerak jd tuduhan anda mungkin tidak betul krana ada yang pergi. mungkin ramai yang tak dapat pergi mest mempunyai alasannya yang kukuh. jadi dengan ini, sya hanya boleh memanjatkan doa sebagai senjata terakhir untuk bantu rakan kita di Gaza..jangan disebabkan politik kita sesama Islam berpecah, mari kita saling menegur demi menambahbaikkan hubungan dan tingkah laku kita..

    ReplyDelete
  6. gerak pg Tioman-duit pelajar digunakan
    Pro M bantah mintak pjlasan-tak diberi
    ayuni dpt surat dari tnc
    penamaan calon
    pro m dedah rasuah tnc
    report polis
    pro m tanya tnc, tak dijawab, tunggu laporan polis kata tnc
    tnc lapor polis dia di fitnah
    rumah aktivi skena simbah cat..
    rumah aktivis kena geldah-tanpa waran...
    kepala babi dalam surau
    rumah UMANY kna gledah..-tanpa waran juga
    gerak cakap Prom israel
    gerak cakap apium zionis
    tnc hep terang dgn gelabah pasal rasuah tak besalah di 4th
    smua pengetua hilang diri..
    calon pro m kena cedra..
    rasuah, ayuni buat restatement... pasal tarikh 2008..
    gerak tukar no ayuni, fitrah, sasi
    junaidi jawab fitnah pro m
    mkini siar jawapan junaidi
    junaidi tarik balik post kontroversial..

    EH, GERAK.. APA LAWAK YANG KORANG BUAT NIE?
    TAK PAHAM KAU... MACAM BUDAK2 LA.. PRO LA SKT.. BUAT ORG NYAMPAH LAGI ADA.. SORANG JA MASTERMIND GERAK NIE. YG LAIN SEMUA PAK TURUT.. TAK MEMBINA LANGSUNG.. ALAHAI.. MCAM NIE NAK PIMPIN MSIA...

    ReplyDelete
  7. sunguh tksub dgn pnderian 'ats padar' anda ini ya (jika anda org yang sama spt yg d post sblum ini). lebih dari sparuh prsoalan awk dah d jawab oleh pihak Gerak dn sya sendiri, tp anda ada tinggi sgt ats pgar tuh smpai takleh trima input kami bagi, jadi jangan kata tak diberi pula. mungkin juga anda terlalu taksub sampai buat2 tak paham je la kan. Awak dah macam betul2 ‘ats pagar’. bagus penderian anda ini, saya suka. Teruskan berada di atas pagar mahupun menjadi lalang sekalipun. moga Allah lembutkan hati anda nanti. Selain itu, teruskan menambah hits blog saya ya, tq :)

    ReplyDelete
  8. apa komen saudara Pro M menang?

    ReplyDelete
  9. Apabila gagasan menukar namanya mereka mencapai hanya 6 kerusi pada mulanya. Tetapi aspirasi yang berubah wajah buat kali pertama sudah berjaya menang 20 kerusi. Suatu petanda yang baik dan masih ada ruang untuk diperbaiki. Utk pandangan selanjutnya, sila ikuti artikel terbaru saya.tq

    ReplyDelete
  10. alahhhhhhhhhhh.... masih nak pertahankan aspirasi ke??? tolong jawab dari mana gerak dapat duit utk pergi ke tioman????
    jawab ini dulu la....

    ReplyDelete
  11. hehe..kenapa anda nak bermanja2 di sini ya..duit ke pulau tioman je tanya, napa tanak tanya duit kem ke sepang, kem utk pm, dah bermacam2 kem yang mungkin awak tatau wujud dalam um nih sebab nak jawab sekali je..jawapannya itu peruntukan kpt bagi membangunkan modal insan di kalangan mahasiswa untuk di berikan pendedahan. kecik-kecik pernah jadi pengawas, cikgu pernah bawak pergi kem?mest tak pernah kerana anda taktau pon ttg kem. kem masa kecik2 napa tak persoalkan kat cikgu, guna duit mak bapak kita ke, napa kem di uni kita nak bising. kenapa tak ajak budak pro m, soalan hangat. tanya la bdak2, kalo anda duduk kolej n pihak kolej pilih anda pergi. yg ke tioman, pro m ke gerak ke aspirasi ke gagasan ke, asal anda menetap di kolej dan pentadbiran kolej pilih, nak tanak awak kena pergi. jadi rajin2 la join aktiviti n projek kolej supaya anda tau perjalanan ini semua. bykkan bertanya penyelia, bendahari kolej mahupun pegawai di HEP utk maklumat lanjut jika anda tak percaya kata2 saya. tq

    ReplyDelete
  12. hey cukup la tu babi!!!!!!!!!!!!!!!!! u nie enjoy u punye life ngan kitorang punye duit!!!
    jgn cakap pasal kpt la butuh!!!

    ReplyDelete
  13. Anonymous said...
    Aku org atas pagar yang idlahirkan dengan hidup liberal dan suka kepada politik nilai…

    Masih igt kata2 ini? Nampaknya Allah (atau tuhan anda jika anda bukan Islam tapi saya gunakan Allah kerana Allah tuhan saya) telah menunjukkan pda saya dan pembaca (if ada yg baca posting nih la) bertapa cantiknya ‘politik nilai’ yang anda bawa. Sungguhpun anda tiada modal nak cakap, jgn la guna ayat sebegitu (ba** & bu**h). ingat rukun negara 5, kesopanan dan kesusilaan(dimaafkan jika anda tatau if anda bukan rakyat Malaysia). I’m enjoying my life, tq for wishing me that. Benci sungguh dengan kpt ya, Saya guna duit korang? Ko dah keja ke? Kalo dah keja buatpe nyebok politik kampus. Ko ada bayar cukai pendapatan dan segala jenis cukai yang ada ke. Aku hidup dengan jpa+family aku, daripada sumber pendapatan rakyat Malaysia yang bekerja dan membayar cukai dan menjadi tanggung jawab aku belajar dan jadi orang berguna pada negara Malaysia kerana gunakan duit ini atas pertolongan kerajaan dan rakyat Malaysia. Kalo betul la jpa or ptptn yang org pakai tuh duit ko, sila lah buat banner besar beritahu umum semua tulis ‘enjoy ur life dengan duit kitaorang’. Insyaalah nant orang akan tau itu duit korang dan akan hormati anda ya..saya harap kita tidak jalinkan sebrang permusuhan, saya anggap ini sebagai diskusi intelek kita sebagai mahasiswa bijak pandai. Seperkara lagi saya takkan maafkan anda atas caci maki anda pada saya sampai saya mati, sesungguhnya dosa dengan Allah boleh lunas dengan taubat nasuha, dosa dengan orang tak dapat dilunas sekiranya orang itu tak memaafkan kita(abaikan jika anda bukan Islam). Renung2 kan dan selamat beramal..anyway tq

    ReplyDelete